Select Page

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali

27 Ogos 2026 – Kini

Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali adalah Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor yang keempat.  Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor dalam Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Memilih Timbalan Speaker) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-16 yang diadakan pada 27 Ogos 2026 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.  Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negeri Kawasan Semarang.

Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor dari tahun 2020 hingga 2022.  Beliau juga adalah Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor dari tahun 2022 hingga 2026 sebelum dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor bagi Dewan Negeri Johor Ke-16.