Select Page

Pakaian Istiadat

Ahli EXCO

Lelaki

Wanita (Bukan Islam)

Wanita (Islam)

Ahli Dewan Negeri (ADN) memakai tunic warna putih dengan lima butang berwarna emas di hadapan, satu butang kecil pada kocek di dada kiri dan kanan, tiga butang pada lengan, gorjet pada leher dan epaulet di atas bahu kiri dan kanan yang dibuat dari baldu hitam bersulamkan benang bewarna emas.  ADN lelaki memakai seluar berwarna biru gelap yang berjalur warna emas dan merah di tepinya, songkok baldu berwarna hitam yang berjalur berwarna emas dan merah dengan lambang Negeri Johor disematkan di hadapannya.  Kasut ialah dari jenis boot tidak bertali dibuat dari kulit hitam.

Ahli Dewan Negeri wanita memakai pakaian yang sama seperti ADN lelaki kecuali tunic dipadankan dengan kain labuh dan bertudung hitam yang dimasukkan ke dalam collar. Kasut yang dipakai adalah berjenis kulit hitam bertumit, berbentuk court shoes iaitu yang tidak menampakkan tumit atau jari kaki. Jika membawa beg tangan, beg hendaklah berwarna hitam juga.