Select Page

Sejarah Dewan Negeri

Dewan Negeri Johor Yang Pertama

Dewan perundangan negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Majlis Mesyuarat Negeri dan kemudian digelar sebagai Dewan Negeri diaturkan mesyuaratnya menurut bahagian kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Menurut fasal 14, bahagian kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, badan perundangan bagi negeri hendaklah mengandungi raja dan sebuah dewan yang dinamakan dia Dewan Negeri (dalam bahasa Inggeris “The Legislative Assembly”).

Apabila Dewan Negeri Johor dimansuhkan, maka satu pilihanraya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemansuhan itu dan Dewan Negeri yang baharu itu hendaklah di panggil mengadakan mesyuaratnya pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh pemansuhan.

Pilihan Raya Tarikh Hari
PRU -1 19 Ogos 1959 Rabu
PRU-2 25 April 1964 Sabtu
PRU-3 10 Mei 1969 Sabtu
PRU-4 24 Ogos 1974 Sabtu
PRU-5 8 Julai 1978 Sabtu
PRU-6 22 April 1982 Khamis
PRU-7 3 Ogos 1986 Ahad
PRU-8 21 Oktober 1990 Ahad
PRU-9 25 April 1995 Selasa
PRU-10 29 November 1999 Isnin
PRU-11 21 Mac 2004 Ahad
PRU-12 8 Mac 2008 Sabtu
PRU-13 5 Mei 2013 Ahad
PRU-14 9 Mei 2018 Rabu
PRN-15 (JOHOR) 12 Mac 2022 Sabtu
Bil. Persidangan Tarikh
1 Persidangan Penggal Pertama 20 Ogos 1959 – 1 Mac 1964
2 Persidangan Penggal Kedua April 1964 – 20 Mac 1969
3 Persidangan Penggal Ketiga 11 Mei 1969 – 31 Julai 1974
4 Persidangan Penggal Keempat 25 Ogos 1974 – 12 Jun 1978
5 Persidangan Penggal Kelima 9 Julai 1978 – 29 Mac 1982
6 Persidangan Penggal Keenam 23 April 1982 – 19 Julai 1986
7 Persidangan Penggal Ketujuh 4 Ogos 1986 – 4 Oktober 1990
8 Persidangan Penggal Kelapan 22 Oktober 1990 – 6 April 1995
9 Persidangan Penggal Kesembilan 26 April 1995 – 10 November 1999
10 Persidangan Penggal Kesepuluh 30 November 1999 –  4 Mac 2004
11 Persidangan Penggal Kesebelas 22 Mac 2004 – 13 Februari 2008
12 Persidangan Penggal Kedua Belas 21 April 2008 – 3 April 2013
13 Persidangan Penggal Ketiga Belas 20 Jun 2013 – 7 April 2018
14 Persidangan Penggal Keempat Belas 28 Jun 2018 – 22 Januari 2022

Komposisi Dewan Negeri Johor terdiri daripada seorang Speaker dan 56 Ahli-Ahli Dewan Negeri yang dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum pada setiap lima tahun. Speaker Dewan Negeri Johor boleh dilantik jika dia menjadi Ahli Dewan Negeri atau bukan Ahli Dewan Negeri Johor. Pilihanraya pertama yang diadakan pada 19 Ogos 1959, Allahyarham Tan Sri Haji Hassan Yunos telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang pertama manakala Allahyarham Tuan Haji Rahmat bin Daud telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Johor pertama.

Sejarah Speaker Dewan Negeri Johor

Bil. Gambar Nama Penggal jawatan
1.  Yang Berhormat Tuan Haji Rahmat Bin Daud
Speaker Dewan Negeri Johor Pertama
1959 – 1964
 2. Yang Berhormat Dato’ Haji Ali Bin Raya
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-2
1964 – 1969
 3. Yang Berhormat Dato’ Syed Mohamed Bin Edrus
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-3
1969 – 1974
 4. Yang Berhormat Tuan Haji Abdullah Bin Haji Sudin
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-4
1974 – 1978
 5. Yang Berhormat Dato’ Syed Zain Bin Idrus Shahab Al-Haj
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-5
1978 – 1982
 6. Yang Berhormat Dato’ Syed Zain Bin Idrus Shahab Al-Haj
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-6
1982 – 1986
 7. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Yunos Bin Sulaiman
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-7
1986 – 1990
 8. Yang Berhormat Dato’ Ali Bin Hassan
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-8
 1990 – 1995
 9.   Yang Berhormat Dato’ Ali Bin Hassan
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-9
 1995 – 1999
 10. Yang Berhormat Dato’ Haji Zainalabidin Bin Mohamed Zin
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-10
 1999 – 2004
 11.   Yang Berhormat Dato’ Ali Bin Hassan
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-11
 2004 – 2008
 12.   Yang Berhormat Dato’ Ali Bin Hassan
Speaker Dewan Negeri Johor Ke-12
 2008 – 2013
 13. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Haji Mohamad Bin Aziz
Speaker Dewan Negeri Johor ke-13
 2013 – 2018
 14. Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan Bin Kaiat
Speaker Dewan Negeri Johor ke-14
 2018 – 2022