Select Page

Lawatan ke Dewan Negeri

Syarat Lawatan

Semua pelawat sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Dewan Negeri Johor

Lawatan hanya dibenarkan semasa hari dan waktu bekerja sahaja.

Kod Etika Berpakaian

LELAKI

  1. Lounge Suit lengkap berwarna gelap, berkemeja putih dan bertali leher berwarna gelap.
  2. Berbaju Melayu Teluk Belanga, lengkap bersamping berdagang luar.
  3. Bersongkok hitam bagi yang beragama Islam.
  4. Bersepatu kulit berwarna gelap dan berstoking.

WANITA

  1. Baju kurung atau kebaya labuh dan bertudung bagi yang beragama Islam.
  2. Blouse berlengan panjang atau blazer.
  3. Skirt di bawah paras lutut atau skirt panjang (labuh).
  4. Pakaian kebangsaan kaum-kaum lain yang sopan.
  5. Sari berlengan panjang
  6. Bersepatu bertutup.

PELAJAR SEKOLAH

Berpakaian rasmi sekolah yang sopan.

  1. Baju t-shirt dan jaket
  2. Baju tanpa lengan dan lengan pendek
  3. Seluar jeans
  4. Seluar panjang (slack) bagi WANITA
  5. Pakaian yang mencolok mata (pakaian yang jarang, nipis, singkat dan ketat)
  6. Selipar/kasut sukan/sandal
  7. Baju berkolar bulat/nehru colar
  8. Baju yang melambangkan parti politik
  9. Pakaian yang menutup muka kecuali pelitup muka (mask)

Pelawat Tidak Dibenarkan

  1. Membawa pelawat lain TANPA KEBENARAN.
  2. Menghisap rokok / vaping di kawasan Dewan Negeri Johor.
  3. Mengambil gambar, video dan live streaming / live feed semasa di dalam Dewan Persidangan.
  4. Membawa masuk telefon bimbit, kamera serta lain-lain alat telekomunikasi ke dalam Dewan Negeri Johor.
  5. Dilarang membawa benda-benda berbahaya yang boleh mengancam keselamatan.
  6. Membuat bising ketika di dalam Dewan Persidangan.
  7. Kanak-kanak tidak dibenarkan.

NOTA 1: PELAWAT YANG TIDAK MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEPERTI DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR.

NOTA 2: PELAWAT DIKEHENDAKI MENEPATI MASA LAWATAN YANG TELAH DITETAPKAN.

NOTA 3: PELAWAT YANG HADIR LEWAT BAGI SETIAP SESI YANG TELAH DITETAPKAN TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE DEWAN PERSIDANGAN.

Permohonan perlulah lengkap dengan Surat Permohonan Lawatan dan Borang Senarai Pelawat mengikut format di bawah: 

Format Surat Permohonan Lawatan
Format Borang Senarai Pelawat

Surat permohonan lawatan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut untuk kelulusan:

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR

Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, 79680 Iskandar Puteri, Johor

Telefon: 07-2666176, 07-2666177, 07-2666196

Faks: 07-2661006

Emel: jurutulis@johor.gov.my