Kata-Kata Aluan
Maklumat Dewan Negeri Johor adalah sangat penting dan perlu dikongsi bersama antara pemimpin dan masyarakat. Setiap kali Dewan Negeri Johor bersidang, maklumat berkaitan pentadbiran negeri, isu semasa dan aduan rakyat perlu menjadi dokumen umum untuk dinilai oleh rakyat terbanyak.
Oleh itu, Dewan Negeri Johor mengorak langkah menyediakan sebuah portal untuk kegunaan pemimpin dan masyarakat bagi mencari maklumat dan mengetahui perkembangan dewan. Undang-Undang Tubuh, Enakmen-enakmen, Peraturan-peraturan, Verbatim, Soalan Dewan, Jawapan Dewan dan lain-lain dokumen penting akan dapat dicapai melalui portal ini.
Pemimpin khususnya Ahli-ahli Dewan Negeri turut mendapat manfaat seperti menyemak perbahasan yang telah lalu dengan lebih mudah, melihat tindakan-tindakan kerajaan terhadap sesuatu isu dan juga diharapkan dapat membantu meningkatkan mutu perbahasan dalam persidangan Dewan Negeri.
Di samping itu, masyarakat akan mendapat maklumat yang jelas berkenaan perbahasan di dalam dewan seterusnya mereka boleh memberi pandangan kedua melalui pelbagai medium kepada Kerajaan Negeri Johor. Maklum balas ini seterusnya akan meningkatkan lagi kecekapan kerajaan mengurus dan mentadbir Negeri Johor.
Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam merealisasikan Portal Dewan Negeri Johor ini. Moga beroleh keberkatan.
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi
Speaker Dewan Negeri Johor