Select Page

Speaker Dewan Negeri Johor

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

21 April 2022 – Kini

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi adalah Speaker Dewan Negeri Johor yang kesebelas.  Beliau telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Negeri Johor dalam Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Memilih Timbalan Speaker) Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 yang diadakan pada 21 April 2022.  Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negeri Kawasan Rengit.

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Pembangunan dari University Of Hull, United Kingdom dan merupakan mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.  Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi Kawasan Parlimen Batu Pahat dari tahun 2008 hingga 2013.