Fungsi & Peranan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap

Ditubuhkan oleh Dewan Negeri Johor di bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Bilangan 103 selaras dengan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal 27(1), iaitu:

“Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh ini, maka Dewan Negeri hendaklah membuat peraturan sendiri dan boleh dari satu masa ke satu masa membuat, meminda dan membatalkan peraturan-peraturan tetap dan perintah-perintah bagi menjalankan dengan sempurna akan cara-cara mesyuarat kerja-kerja mesyuarat.”

 Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YB Speaker Dewan Negeri dan kuorum mesyuarat adalah seramai tiga (3) orang. – Peraturan Tetap Bil. 105 dan 106.

 Penyata Jawatankuasa hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang lain yang bersetuju dengan kandungan sesuatu penyata. – Peraturan Tetap Bil. 107.

 Ahli yang tidak bersetuju dengan kandungan penyata boleh memberi kenyataan bertulis dan disertakan bersama Penyata Jawatankuasa. – Peraturan Tetap Bil. 108.