Fungsi Dewan Negeri

Dewan Negeri ini sama fungsinya seperti Parlimen di peringkat Kerajaan Persekutuan yang merupakan Badan Perundangan tertinggi di Malaysia. Dewan Negeri mempunyai kuasa untuk membahas, menggubal dan menguatkuasakan Undang-Undang Negeri. Rang Undang-Undang yang telah diluluskan di Dewan Negeri akan dibawa kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk diperkenan dan menjadi undang-undang setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan.

Fungsi-fungsi lain Dewan Negeri adalah seperti berikut:-

I

Sebagai forum untuk membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaannya serta perihal rakyat negeri.

I

Membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

I

Membahas dan meluluskan Belanjawan Negeri.

I

Melulus dan menolak sebarang Rang Undang-Undang atau melakukan pindaan.

I

Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berpelembagaan negeri dan rakyat.