Select Page

Piagam Pelanggan Pejabat Jurutulis Dewan Negeri

PENGURUSAN DEWAN NEGERI

  1. Memastikan Surat Pemberitahuan Mesyuarat kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri dihantar dalam tempoh 21 hari sebelum Mesyuarat mengikut Peraturan Tetap Bil. 7 (2) Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor.
  2. Menghantar Kertas Susunan Perkara-Perkara Mesyuarat mengikut Peraturan Tetap Bil. 15 (2) Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Dewan Negeri.
  3. Memastikan Draf Verbatim Harian disiapkan dan dibentangkan pada hari berikutnya untuk semakan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor.
  4. Memastikan Peringatan Mesyuarat Persidangan Dewan Negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Dan Jawatankuasa Pilihan diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat diadakan.
  5. Memastikan Penyata Rasmi Dewan Negeri bagi setiap Persidangan Dewan Negeri disiapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh akhir mesyuarat bagi Persidangan Dewan Negeri itu.
  6. Mengurus dan memstikan Rang Undang-Undang yang telah disemak oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan diwartakan dalam tempoh 14 hari sebelum Mesyuarat Dewan Negeri mengikut Peraturan Tetap Bil. 86 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor.
  7. Mengurus dan memastikan Rang Undang-Undang yang telah diluluskan Dewan Negeri dikemukakan kepada Setiausaha Sulit Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bagi mendapat perkenan dan tandatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sebelum diwartakan.
  8. Memastikan pembayaran pencen dan ganjaran Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri dibayar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pembubaran Dewan Negeri.

 

PENGURUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

 

  1. Memastikan Surat Notis Panggilan Mesyuarat, Peringatan Mesyuarat dan Kertas-Kertas Mesyuarat diedarkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum Mesyuarat kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  2. Memastikan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jawatankuasa-Jawatankuasa dihantar ke Jabatan-Jabatan yang berkenaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas Peringatan Mesyuarat disahkan.