Select Page

Fungsi & Peranan Jawatankuasa Pilihan Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor

Jawatankuasa ini adalah berperanan meneliti undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan pengurusan bencana di negeri Johor.

Jawatankuasa ini juga mengkaji inisiatif-inisiatif, mengkaji penyelesaikan, mencari alternatif lain serta membuat penelitian dan kajian terhadap apa-apa berkaitan perubahan iklim dan pengurusan bencana.

Jawatankuasa ini hendaklah menyiapkan dan membentangkan Penyata Jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan untuk dipersetujukan atau mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Dewan Negeri Johor. 

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi,  12 orang Ahli Dewan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Jurutulis Dewan Negeri sebagai Setiausaha.

Dan cukup bilang bagi Jawatankuasa ini ialah Pengerusi dan 6 orang ahli.