Select Page

Fungsi & Peranan Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor dipengerusikan oleh YB Speaker telah diwujudkan di bawah Peraturan dan Perintah-Perinah Tetap selepas Pilihanraya Umum Ke-13 dengan dianggotai oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri dan tujuh orang Ahli Dewan Negeri.

Jawatankuasa ini juga berperanan menyemak ketentuan saraan, ganjaran dan pencen Ahli Dewan Negeri yang terkandung di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 dan seterusnya akan dibawa kepada pertimbangan dan kelulusan Dewan Negeri Johor bagi membolehkan ia dikuatkuasakan.