Select Page

Pejabat Jurutulis

Info Jabatan

Bil. Nama Ketua dan Pegawai Kanan Jawatan
1. Hajah Shubanah binti Yusuf
S.I.J., P.I.S. II
Jurutulis Dewan Negeri Johor
2. Encik Hasnul Atmam bin Othman Penolong Jurutulis / Setiausaha Kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Negeri Johor
3. Puan Farrah Diana Binti Mohammad Penolong Jurutulis Pejabat Jurutulis Negeri Johor
Alamat : Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor,
Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Sayap Selatan
Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Tel : 07-2666176 / 07-2666177
Faks : 07-2661005

Motto

Bertindak Ke Arah Kecemerlangan

Objektif

Memastikan semua urusan pentadbiran, kewangan, pelaksanaan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa serta Mesyuarat bagi Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diwujudkan di bawah kuasa Dewan Negeri Johor dengan efisien.

Visi

Sentiasa Amanah, Jujur dan Tetap Pada Masa

Misi

  • Bertindak sebagai agensi yang menerima dan mendaftar kertas kerja mesyuarat untuk dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan tepat pada masa, lengkap dan teratur. Menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan dalam tempoh yang ditentukan.
  • Menentukan semua Persidangan Dewan Negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap diselenggara dengan sempurna.
  • Meningkatkan kefahaman anggota kerja untuk lebih jujur, amanah dalam menyelenggara semua dokumen rahsia kerajaan.

Fungsi

  1. Menerima, mendaftar dan membuat ringkasan mesyuarat bagi kertas-kertas kerja beserta perakuan-perakuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan dan dengan segera menyiapkan serta menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan-jabatan yang berkenaan.
  2. Mengurus dan menentukan kesempurnaan urusan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa yang diwujudkan dibawah kuasa Dewan Negeri Johor disusuli dengan memastikan Minit dan Penyata Rasmi bagi tiap-tiap Persidangan dan Mesyuarat itu disampaikan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan pihak-pihak yang berkenaan.
  3. Mengawal dan menjaga rapi segala RAHSIA KERAJAAN untuk menjamin ianya terpelihara dengan sempurna.

Piagam Pelanggan

  • Menerima, mendaftar dan membuat ringkasan mesyuarat bagi kertas kerja mesyuarat beserta perakuan-perakuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan seterusnya menyampaikan keputusan-keputusannya kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dengan segera.
  • Mengurus dan menentukan kesempurnaan urusan Persidangan Dewan Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap disusuli dengan memastikan Minit dan Penyata Rasmi bagi tiap-tiap persidangan dan mesyuarat itu disampaikan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan pihak-pihak yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menguruskan hal-ehwal mesyuarat dan persidangan serta kegiatan yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Speaker-Speaker Se-Malaysia dan Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Johor.
  • Mengamati dan menyempurnakan urusan yang bersabit dengan segala hak kebebasan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Negeri selaras dengan keperluan serta peraturan semasa.
  • Mengawal dan menjaga rapi segala RAHSIA KERAJAAN untuk menjamin ianya terpelihara dengan sempurna.

Profil Ketua Jabatan

Nama : Hajah Shubanah Binti Yusuf
Jawatan : Jurutulis Dewan Negeri Johor
Gred : N54
Tarikh Lahir : 7 November 1972
Mula Berkhidmat di Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor : 3 Jun 2013
Jabatan sebelum : Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan

Jabatan Pernah Bertugas

BIL JAWATAN JABATAN TAHUN
1 PEGAWAI TADBIR PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR 5 OGOS 1997
2 PEGAWAI TADBIR PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 1 JANUARI 2005
3 PENOLONG PENGARAH UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR 7 OGOS 2006
4 SETIAUSAHA KEPADA JAWATANKUASA-JAWATANKUASA NEGERI JOHOR PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 15 SEPTEMBER 2006
5 KETUA PENOLONG SETIAUSAHA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 18 JULAI 2011
6 JURUTULIS PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 3 JUN 2013

JAWATANKUASA PILIHAN

Jawatankuasa Kira-Kira Raya

Jawatankuasa Peraturan Tetap

Jawatankuasa Hak & Kebebasan

PERUNDANGAN & PERSIDANGAN

Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895

Peraturan-Peraturan & Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor

Enakmen Anggota Pentadbiran & Ahli Dewan Saraan 1980

Penyata Rasmi / Verbatim

HUBUNGI KAMI

Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Sayap Selatan, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

☎️ 07-2666176 / 07-2666177

???? 07-2661005