Select Page

Fungsi & Peranan Jawatankuasa Kira-Kira Raya

Jawatankuasa ini bertanggungjawab :

  1. memeriksa kira-kira yang menunjukkan peruntukan wang yang dikurniakan oleh Dewan Negeri bagi membayar perbelanjaan awam;
  2. memeriksa kira-kira yang dibentangkan dalam Dewan Negeri mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa ini.

Jawatankuasa ini berperanan :

  1. memeriksa Penyata Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan Negeri mengikut kehendak Jumlah Kata (2) bagi Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan;
  2. meneliti apa jua kira-kira yang mungkin dirujukkan oleh Dewan Negeri kepadanya.

Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor akan menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan terhadap Jabatan-Jabatan berhubung dengan Penyata Ketua Audit Negara mengenai Kira-Kira bagi tahun semasa pengauditan.

Jawatankuasa ini juga dari semasa ke semasa akan mengeluarkan penyata atau laporan hal pemeriksaan yang dilakukan bagi dibentangkan dalam Dewan Negeri.

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi, enam (6) orang Ahli Dewan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri Johor, Bendahari Negeri Johor, Pengarah Audit Negeri Johor dan  Jurutulis Dewan Negeri sebagai Setiausaha.

Dan cukup bilang bagi Jawatankuasa ini ialah Pengerusi dan 3 orang ahli.