Select Page

Speaker Dewan Negeri Johor

Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip

27 Ogos 2026 – Kini

Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip merupakan Speaker Dewan Negeri Johor yang ke-12.  Beliau telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Negeri Johor dalam Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Memilih Timbalan Speaker) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-16 pada 27 Ogos 2026.  Pada masa yang sama, beliau terus menjalankan amanah sebagai Ahli Dewan Negeri bagi Kawasan Buloh Kasap yang telah disandang dari tahun 2018 hingga kini.

Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip yang berkelulusan Pengajian Melayu dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam turut diperkukuh oleh latar belakang beliau yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik, melalui perkhidmatannya sebagai guru dari tahun 1989 hingga 2013.  Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor yang telah berkhidmat dari tahun 2022 hingga 2026.

Selain itu, beliau turut mempunyai pengalaman di peringkat Persekutuan apabila dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 2017 hingga 2020.